|
Assalamualaikum manusia manusia hebat. Apa khabar semua? Alhamdulillah, masih berkesempatan kembalikan blog yang telah lama bersawang ni, Terlampau malas dan di himpit pelbagai jenis perkara sampai lupa nak perbetulkan and baiki balik blog ni. So, kali ini entah mengapa rasa terdetik nak menaip dan sharing apa segalanya dekat sini. Mungkin ini yang dapat mengisi masa lapang bila takde benda nak buat kan :)
Sebenarnya, Aku masih berkira-kira untuk pergi, Pergi dari kehidupan lama kepada kehidupan baru aku, Dari seorang budak perempuan yang di gelar student sekolah menengah ke remaja yang bakal melanjutkan pelajaran ke alam selepas sekolah menengah. Or what so called, IPTA/IPTS. Subhanallah :/ Aku masih belum kuat untuk tempuhi semua ini, Putaran masa bagi aku terlampau pantas sehingga aku tidak mampu mengejar saki bakinya. Tapi, Allah telah aturkan segalanya, Allah aturkan aku lebih awal melanjutkan pelajaran berbanding rakan-rakanku yang lain, Allah itu maha kuasa, Dia yang mengetahui segala-galanya. Dia dah aturkan yang terbaik untukku. Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik, Mungkin rezeki aku lebih awal dari mereka. Alhamdulillah. Tapi, tidak mengapa. Aku sentiasa mendoakan kawan-kawan aku dapat apa yang diorang inginkan, Insya'Allah.
"Allahuma yaasir wala tu'assir, Rabbi tammin bilkhoir. Birohmatikaya Arhammarohimmin"
Ya Allah permudahkanlah urusanku jangan dipersulitkan. Ya Allah akhiri urusanku dengan baik. dengan rahmatMu yang Maha pengasih lagi Maha penyayang
Moga Allah permudahkan segala urusanku. Lagi 10 hari aku berada dekat Ipoh. Lagi 10 hari aku bersama ayah dengan mama, and Dua orang abang aku. Lagi 10 hari aku boleh tatap muka ayah dengan mama. Bukan aku terus pergi, Cuma kali ini, aku rasa berat hati nak tinggalkan semua, Haihh. Ya Allah, sesungguhnya aku redha dan berserah hanya kepada Mu. Moga diperkuatkan imanku bila berjauhan dengan mereka.
Umur yang bakal melonjak 18 tahun tidak lama lagi, 18 tahun aku di besarkan, tidak pernah duduk asrama, tidak pernah sama sekali rasa kehidupan "HOSTEL". Tapi itu tidak bermaksud aku lemah, Duduk bawah ketiak mak ayah, InsyaAllah mulai sekarang aku kena kuat, Tabah untuk hadapi semua ini, Berubah kepada kebaikan, Berdikari untuk diri sendiri dan juga demi yang maha Esa. La Tahzan inaallaha ma'ana. (Jangan bersedih, Allah bersama kita)
(Dipetik dari Google Image, Thankyou google)
|